Saluran Jantung | Azizulhasni Awang jalani pembedahan jantung

2022-05-01 10

Jaguh berbasikal trek kebangsaan, Datuk Azizulhasni Awang mendedahkan, beliau menjalani pembedahan jantung pada 21 April lalu di Melbourne, Australia.

Menurut atlet itu dalam satu sidang media hari ini, pembedahan dibuat selepas beliau disahkan mengalami masalah saluran di jantung, atau Anomalous Coronary Artery (ACA) sejak lahir.